Asalamualaikum dan hai semua.
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Moga semua sihat-sihat hendaknya.
Lama tak update blog ni.syera rasa nak share dengan semua antara event 2018 ni yang mana group kami raikan untuk ahli-ahli mereka.
Ikutkan HI TEA ni event ketiga pada tahun 2018 ni yang Syera dah join. Nanti Syera share next posting ye. Tak sempat compile gambar-gambar sebelum ni.
Ramai yang ingat bisnes Shaklee ni bisnes jual beli saja. Tapi Sejak 3 tahun Syera dengan bisnes Shaklee ni, rupanya ada macam-macam event best yang group besar kami buat untuk ahli group. Besttt
Syera nak share event yang terbaru ni iaitu 5 hari sebelum puasa haritu yang Master Aida raikan untuk Top Leadernya.
Pada 12/5/2018 haritu, telah pun berlangsung HI TEA yang diadakan di ATMOSPHERE 360° TOWER.
Biasanya ada selit-selit bab bisnes, tapi kalini Master Aida nak kami HAVE FUN saja. Makan-makan, happy-happy.
Reward ni bukan biasa-biasa. Siap ada fotografi khas untuk kami. Seronok sangat sebab diraikan dengan begitu istimewa.
Kalau sebelum ni Syera nak sangat bekerja semula sebab nak rasa pakai pakaian formal, ada event-event tapi sekarang Syera yakin memilih FULL TIME HOUSE WIFE WITH 4 FIGURES INCOME IN SHAKLEE.
Berbaloi sangat rasanya. Tak menyesal dah terjebak dengan bisnes Shaklee ni sejak 3 tahun yang lalu.
Syera nak simpan gambar-gambar memori khas ni dekat blog Syera. Ini antara gambar-gambar yang sempat kami rakam dihari yang sangat special bagi Syera.
Comel-comel belaka kan semua. Macam Spice Girl tak? 😆 tapi versi muslimah la kan.
Tengok gambar pun dah terpancar kegembiraan tu kan. Sungguh macam rasa tak percaya, walaupun Syera surirumah saja tapi reward yang diberi tak pilih bulum sama rata. Siapa usaha lebih dapatlah hasilnya.
Terima kasih Master Aida.😍😙
REVIEW RESTORAN
Disebabkan bukanlah selalu makan tempat-tempat best macam ni, Syera pun nak share feedback Syera berkenaan ATMOSPHERE 360° TOWER ni.
👉 Tempat selesa dan high class.
👉 Menara berpusing setiap masa membuatkan kami jakun sekejap bila mula-mula datang, tempat duduk ada dekat pintu masuk, tiba-tiba 10 minit selepas tu tempat buffet betul-betul depan meja pulak 😅
👉 Makanan 100% fresh dan sedap.
👉 servis 5 stars
👉 semua meja betul-betul tepi tingkap dan nampak satu KL dari atas menara ni. Besttt
Ini antara gambar curi dan gambar makan yang fotografi tu ambil.
Nampak nyummy kan makanan dia. Kita orang makan sampai tak boleh bangun. Kalau boleh semua item nak rasa.
Ada lagi gambar yang fotografi tak snap ni.
View dari atas menara. Agak berkabus sebab masa ni dah start hujan dah.
Pada yang nak bawa anak-anak atau mak ayah makan disemperna hari Special boleh refer harga dekat sini juga ye.
Owh ya. Syera masih mencari kawan-kawan yang nak join kami untuk next event yang dah tersusun sepanjang 2018 ni tau.
Jom laju-laju whatsapp Syera tanya macam mana nak join Syera untuk buat bisnes Shaklee ni. Yang pasti kalau ada semangat yang tinggi dan nak jadikan bisnes Shaklee ni sebagai side income atau income sepenuh masa boleh je.
Rata-rata dalam group kami adalah pemegang income 3-5 angka setiap bulan.
Ada yang students.
Ada yang surirumah macam Syera.
Ada yang dah ada kerjaya tapi nak jadikan income shaklee sebagai side income pun ada.
Bisnes Shaklee ni bestttt.
👉 TAK PAYAH RESTOCK STOCK SAMPAI BERIBU RIBAN.
👉 ADA ORDER BARU BELI PUN BOLEH.
👉 TAK ADA SYARAT MINIMUM UNTUK BELI BARANG.
👉 UNTUNG RUNCIT MASUK KOCEK, BONUS SHAKLEE PULA SHAKLEE MASUKKAN DALAM AKAUN BANK. 2 UNTUNG DALAM 1 MASA 😍
👉 ADA ID DAN WEBSITE SENDIRI.
👉 BOLEH JOIN EVENT SHAKLEE BUAT ATAU YANG GROUP BUAT.
👉 AKAN DIAJAR STEP BY STEP BISNES SHAKLEE NI MELALUI ONLINE WHATSAPP ATAU FB LIVE.
👉 PERCUTIAN 5 BINTANG 100% TAJAAN PENUH PIHAK SHAKLEE SETIAP TAHUN
ha. Tunggu apa lagi. Jom join kami.
Untuk next event bakal berlangsung dalam masa terdekat ni tau 😊
Facebook : Syeera Azmi
Instagram : khaira_minishop
Whatsapp/call : www.wasap.my/60173244776


















